Thursday, September 29, 2011

PANAS!! Warga Israel telah memasuki UPM..

Peserta dari Israel Ilya Grad ‘Archilles’ yang menyertai ‘Muaythai World Champion' di UPM, Serdang.

Hubungan Malaysia-Israel merupakan isu yang sensitif bagi umat Islam di Malaysia. Malaysia dan kebanyakan negara Islam tidak mengiktiraf negara Israel dan tidak mengadakan hubungan dengan Israel.

Dan Jabatan Imigresen Malaysia menetapkan negara Israel haram dilawati oleh rakyat Malaysia. Ini kerana Malaysia tidak mengiktiraf negara terbabit.

Biarpun secara rasminya Malaysia tidak pernah mengiktiraf kewujudan Negara Yahudi itu namum beberapa pemimpin Negara dan pemimpin UMNO sendiri mengenepikan sensitivity umat Islam di Malaysia.


Berukut adalah beberapa insiden lawatan warganegara Malaysia ke Israel dan kemasukkan warga Israel ke Malaysia yang dipetik dari Wikipedia :

Pada 6 Julai 1994, Pengerusi Kumpulan Melewar Corporation Bhd. dan MBf, Tunku Abdullah Tuanku Abdul Rahman telah membuat pengakuan bahawa beliau telah berkunjung ke Israel pada bulan Jun 1994. Pengakuan Tunku Abdullah ini telah disiarkan dalam Utusan Malaysia dan mengejutkan ramai pihak. Beliau dikatakan rakyat Malaysia pertama melawat negara Israel sejak 1957. Tunku Abdullah merupakan adik kepada Yang diPertuan Agong.

Pada 17 Julai 1994, Berita Harian melaporkan Tunku Abdullah dijemput menemui Yizhak Rabin dan Shimon Peres. Potensi pelancongan rakyat Malaysia ke Baitul Maqdis amatlah besar.

Dalam kes Gilad Feldman dari Israel, beliau tidak dapat hadiah utama 2GB iPod Nano dari “LiewCF.com Survey 2006” kerana tidak ada hubungan antara Malaysia dengan israel.

Pada 21 Mac 1997 pasukan kriket Israel dibenarkan menyertai pertandingan bertaraf antarabangsa itu di Kuala Lumpur. Kebenaran itu diberikan oleh Perdana Menteri Malaysia , Dr Mahathir Mohamad atas semangat kesukanan .Mereka hadir dalam Kejohanan kriket Trofi Majlis Kriket Antarabangsa (ICC). Kehadiran mereka mengundang demontrasi oleh mahasiswa di perkarangan Universiti Malaya. Turut ditahan ialah Mahfuz Omar dari PAS.

Pada 29 Julai 2008 Pasukan bola sepak Chelsea dari Britain yang melakukan perlawanan persahabatan dengan Malaysia mengundang kontroversi. Ini kerana pasukan itu mempunyai dua warga Israel iaitu pengurus pasukan, Avram Grant dan pemain pertahanan, Tal Ben Haim.

Pada 21 Julai 2011, Pasukan bola sepak Chelsea sekali lagi menjadi sasaran ejekan sebahagian besar penonton yang mengejek seorang pemain Chelsea yang berasal dari Israel iaitu Yossi Benayoun. Perkara itu telah menjadi bahan utama bualan seluruh dunia yang menuduh Malaysia mempunyai sifat perkauman yang tinggi kepada rakyat Israel. Pengurus Chelsea Villa Boas meminta Football Association of Malaysia (FAM) membuat kenyataan rasmi dan memohon maaf diatas kejadian yang berlaku. FAM akur dengan permintaan Chelsea, dan meminta maaf diatas sikap penonton.

Itu adalah antara insiden yang telah dilaporkan oleh kebanyakkan media massa, namun begitu tanpa kita sedari sekitar june 2011 yang lalu sekali lagi sensitiviti ummat Islam Malaysia dibakul sampahkan oleh pemimpin UMNO.

Malah pemimpin tersebut iaitu Ahmad Shabery Cheek Menteri Belia dan Sukan dengan bangganya bergambar beramai-ramai dengan peserta yang menyertai pertandingan itu..


Pertandingan yang dimaksudkan ialah ‘Muaythai World Champion’ terbitan Image Group dan The Group Entertainment dibawah pengawasan World Muaythai Council (WMC).


Ianya telah berlangsung sekitar June 2011 yang lalu di Dewan Putra 3, Kolej Pendeta Za’aba bertempat di Universiti Putra Malaysia (UPM), Serdang yang dianjurkan oleh AXN Astro untuk rancangan 'The Challenger Muaythai’

Pertandingan yang menawarkan hadiah wang tunai berjumlah USD$100.000,00 dan gelaran ‘Muaythai World Champion’ dijadualkan mula disiarkan mulai 15 September 2011 di AXN (Astro channel 701) dan AXN HD (Astro B.yond channel 721).

Seramai 16 peserta telah dari berbagai Negara telah mengambil bahagian antara negaranya ialah Malaysia, Thailand, Israel dan South Africa.

Mereka adalah Pinto Antoine ‘The Phenom’ (Prancis/Thai), Cedric Muller ‘Underground Samurai’ (Prancis), Cyrus Washington ‘Black Dynamite’ (Amerika), Fadi Merza ‘The Beast’ (Austria), Frank Giorgi ‘The Italian Stallion’ (Itali), Ilya Grad ‘Archilles’ (Israel), Jason Woodham ‘The Handsome Hero’ (British), Jesse Miles Lacombe ‘Smiles’ (Kanada), Jordan Watson ‘Quadzilla’ (British), Marco Pique ‘The Sniper’ (Belanda), Mostafa Abdollahi ‘Persian Mos’ (Iran), Pidsanu Kunchat ‘Mardsua’ (Thai), Michael Chase Corley ‘Cool Hand’ (Amerika), Moh. Faizal Bin Ramli ‘Golden Elbow’ (Malaysia), Vuyisile Colossa ‘The Cheetah’ (Afrika Selatan) dan yang termuda Rhyse Saliba ‘Poison Dart’ (Australia).

Peserta yang keenam ialah Ilya Grad ‘Archilles’ dari Israel.

Untuk lebih jelas sila klik imej atau lihat di (SINI)

Dan adalah mustahil untuk dikatakan bahawa Ahmad Shabery Cheek Menteri Belia dan Sukan pemimpin Melayu yang berugama Islam itu tidak menyedari akan kehadiran peserta dari Israel itu sedangkan beliau sendiri berada disitu ketika pelancaran.

Persoalannya sekarang bagaimana pihak Jabatan Imigresen Malaysia dan Kerajaan Malaysia sendiri yang telah menetapkan bahawa negara Israel haram dilawati oleh rakyat Malaysia membenarkan peserta dari Israael dan penyokongnya itu yang sudah tentu dari Israel juga memasuki Malaysia khususnya di Universiti Putra Malaysia?

Sekali lagi sensitiviti umat Islam Malaysia diinjak-injak oleh pemimpin UMNO!!


http://darisungaiderhaka.blogspot.com

Menjelang 60 Tahun, Rahsia Kekuatan Pas

Pas akan menyambut ulang tahun ke 60 pada 1 Oktober 2011 di Dewan Melinium Kepala Batas. Pas memilih Pulau Pinang kerana nostalgia lama Pas yang dilahirkan secara rasmi pada 24 Nov 1951 di Bagan Tuan Kecil Seberang Perai. Pas sudah muncul sebagai parti yang tertua di Malaysia, setelah Umno 1946 diharamkan oleh mahkamah, sedangkan Umno sekarang ialah Umno 1988.

Apakah rahsia Pas sehingga mampu menonggah arus dan badai taufan yang melanda, namun Pas dengan izin Allah mampu berada di persada politik tanah air bergerak dengan penuh izzah.

Semua ini kerana Pas mempunyai dasar Islam yang tulin. Walaupun Pas telah bertukar kepimpinan daripada berbagai latar belakang namun Pas tidak pernah menukar dasar, iaitu Islam sebagai mana termaktub di dalam Perlembagaan Pas fasa 3. Mereka memilih Pas kerana dasar, bukan kerana pemimpin.

Islam yang tulin sentiasa dinamik dan sesuai dengan semua masa dan keadaan. Oleh itu semua perhitungan yang dibuat semuanya bersandarkan kepada ajaran Islam. Pas tidak sekali-kali untuk menggadaikan prinsip Islam semata-mata untuk mendapat kemenangan dunia yang tidak seberapa

Islam yang diperjuangkan oleh Pas ialah Islam yang lengkap (syumul), merangkumi semua perkara samaada ibadah, politik, ekonomi, akhlak. Dalam erti kata yang lain yang merangkumi urusan hidup dan mati. Pas mahu memperjuangkan Din wa daulah (agama dan Negara)

Pas menerima konsep Islam secara keseluruhan “syumul”, bukan tempelan. Pas bukan menerima Islam pada perkara puasa tetapi menghalalkan judi. Pas bukan parti yang menerima hukum zakat tetapi tidak beriman dengan ayat hukuman zina. Pas bukan parti yang menerima hukum wajib puasa tetapi menolak ayat mengenai pengharaman arak.

Islam yang diperjuangkan oleh Pas bukan rekaan mana-mana pemimpin. Tetapi ia bersumberkan kepada apa yang diajar oleh Nabi Muhammad SAW yang mengajar dan mendidik melalui wahyu yang disampaikan kepada kita. Kerana Islam bukan satu doktren rekaan mana-mana pihak. Dengan itu apa sahaja tindakan yang kita lakukan ia bertitik tolak kepada apa yang diperlakukan oleh Nabi dan Rasul S.A.W. Islam yang diperjuangkan bukan satu yang hendak dipolitik atau mainan politik semata-mata. Oleh itu Pas berusaha untuk memertabatkan Islam apabila ia diberi kuasa. Bukan kita memperalatkan Islam untuk mencari sokongan. Walaupun Pas pernah dituduh merasuah syurga oleh pemimpin Umno.

Justeru itu Pas perlukan kuasa. Jika ada kuasa maka kita boleh melaksanakan apa yang diperintahkan oleh Allah SWT kepada kita. Sebaliknya kalau kita tidak mendapat kuasa maka segala kecantikan Islam hanya boleh terdapat dalam kitab feqah dan lipatan tamaddun Islam sahaja

Pas mengajak manusia kepada Islam bukan supaya taasub kepada mana-mana pemimpin. Oleh itu ahli Pas tidak akan keluar parti jika pemimpin mereka keluar parti, kerana perjuangan mereka bukan kerana individu. Berapa ramai pemimpin Pas yang melarikan diri dalam perjuangan tetapi kesetian ahli tidak pernah luntur, malahan Pas semakin berkembang. Keluarnya mereka daripada parti tidak memberi kesan apa-apa kepada parti.

Dato’ Samad Idris (Bekas Menteri Kebudayaan) telah memberi komentar mengenai perjuangan Pas seperti berikut,

“Faktor fanatik kepada perjuangan Pas tidak boleh diketepikan begitu sahaja, mereka setia dengan Pas, mereka sanggup dibakar hangus, direndam basah, dicincang lumat, oleh sebab itu Dato’ Mohd. Asri dan Mohd. Nakhaei keluar daripada parti mereka anggap melukut tepi gantang”. Utusan Malaysia 13hb. Disember 1990)

Rahsia kekuatan Pas yang lain ialah kerana Pas mempunyai ahli yang ikhlas. Mereka menyertai Pas tidak ada matlamat yang lain, kecuali untuk melihat Islam dihayati di negara ini. Penyertaan mereka tanpa dipaksa sebaliknya dengan kesedaran yang membuahkan iman di dalam diri mereka untuk berjuang bersama dengan Pas, selagi Pas berpegang dengan dasar Islam

Kehadiran mereka bersama Pas bukan untuk meminta sesuatu daripada Pas, sebaliknya mereka yang akan berusaha untuk memberi kepada Pas samaada di segi wang ringgit atau tenaga. Mereka sedar jika berjuang bersama dengan Pas telah terpahat di dalam fikiran mereka bahawa perjuangan ini susah dan payah. Mereka tidak mengharapkan sesuatu di dunia atau imbuhan daripada Pas atau wakil rakyat Pas. Kekuatan ini lah yang dimiliki oleh Pas kerana mempunyai ahli yang begitu ikhlas di dalam perjuangan.

Mereka mengahbiskan wang ringgit dan harta benda untuk diinfaq kepada Pas. Ini boleh dilihat setiap kali pilihanraya mereka mengeluarkan belanja sendiri tanpa mengharapkan daripada pemimpin atau parti.

Walaupun di kalangan mereka ini hanya bekerja sebagai pesawah, penoreh getah, buruh kasar, tetapi mempunyai jiwa yang besar untuk menumbangkan kezaliman di nagara ini.

Tepatlah seperti sabda Rasulullah SAW”Bukanlah kaya itu, kaya harta, tetapi kaya yang sebenar ialah kaya jiwa”. Apabila calon yang bertanding menang, sedikit pun mereka tidak ungkit kerja buat dan meminta kembali imbuhan yang mereka labor semasa pilihanraya, cuma mereka harap laksana amanah parti dan ingatlah kepada petugas parti yang memenangkan mereka.

Semua pengkaji politik akur bahawa kekuatan inilah yang membolehkan Pas bergerak sehingga kini dan menjadi saingan terdekat dengan Umno. Sekiranya Pas tidak mempunyai ahli yang ikhlas bagaimana Pas mampu bertahan sehingga kini. Bukan senang untuk melawan gergasi politik yang mempunyai seluruh kelengkapan untuk menghalang kebangkitan sokongan kepada Parti Islam Semalaysia Pas

Wasiat Allahyarham Profesor Dr Zulkifli Muhammad kepada wakil rakyat Pas selepas pilihanraya 1964 amat menyusut hati

“Saya perlu memberitahu saudara satu daripada syarat kejayaan bagi satu perjuangan ialah keikhlasan. Kita mungkin bodoh, mungkin jahil, mungkin tidak tahu apa, mungkin tidak kuat. Tetapi keikhlasan ada pada kita, maka ada harapan cita-cita ini dapat dilaksanakan. Tidak ada gunanya kita cerdik , pandai, kuat, sekiranya kita tidak ikhlas apa yang diperjuangkan. Kita sucikan tujuan kita kepada itu. Kita ketepikan kepentingan yang lain dari itu, ini perlu pada kita. Keikhlasan yang tidak ada belah baginya lagi. Keikhlasan yang tidak mengira yang lain selain dari apa-apa yang kita tuju di dalam perjuangan asal kita. Kejayaan orang yang dahulu pada diri kita, semuanya pada keikhlasan. Amat perlu keikhlasan ini, kita tanam, kita pupuk pada diri kita”

Sebab itu jika ada di kalangan ahli yang menyertai Pas mempunyai agenda yang tersembunyi mereka ini tidak akan kekal lama, samada mereka ini terbuang atau pun mereka yang membuang diri mereka sendiri.

Ahli Pas yang datang daripada berbagai peringkat dan darjat. Ahli-ahli Pas ada yang berkelulusan Ph.d hinggalah yang buta huruf. Mereka menyertai Pas bukan hendak dapat benda tetapi kerana cintakan Islam. Mereka sanggup menerima risiko yang berat daripada pihak yang berkuasa seperti tidak diberikan subsidi, anak tidak dapat biasiswa, dipotong bantuan kebajikan. 

Semuanya mereka sanggup menerima kerana perjuangan Islam yang dibawa oleh Pas. Kehadiran mereka dalam program ceramah atau program parti tanpa diupah dan disuruh, sanggup untuk berbelanja berbelas-belas ringgit semata-mata untuk mendengar ucapan pemimipin mereka yang dicintai dan menderma kepada perjuangan 

Ahli yang ikhlas walaupun buta huruf adalah lebih baik daripada mempunyai ijazah berjela-jela tetapi boleh dibeli oleh Umno. Ahli-ahli Pas yang menerima tarbiah yang jelas mereka tidak rela membiarkan maksiat dan berkompromi dengan program maksiat. Umno bimbang hendak membuat program maksiat kerana takut kepada Pas yang sentiasa menentang program yang berunsur maksiat.

Rahsia kekuatan Pas yang lain ialah kerana ia didokong oleh ulama’ dan mereka yang mempunyai latar belakang agama. Kebetulan penubuhan Pas kerana kesedaran untuk membentuk jamaah yang melakukan kerja-kerja para nabi dan Rasul yang terdahulu iaitu mengajak kepada kebaikan dan mencegah daripada melakukan perkara munkar.

Ulama’ yang memahami agama dan perintah Allah akan melibatkan diri bersama dengan Pas. Penglibatan mereka secara langsung telah memberikan impak yang besar kepada Pas. Kerana sikap orang melayu yang begitu intim dengan orang agama telah berjaya memberi kesan yang positif kepada perjuangan Pas. Penyertaan orang agama bersama Pas kerana serasi dengan apa yang mereka belajar di sekolah, pondok atau universiti. Sebab itu Mahathir Mohd Khir pernah menulis Pas mempunyai kaitan dnegan 3P, iaitu padi pondok dan Pas.

Memang ini terbukti tempat yang kuat pengajian agama maka di situlah akan menjadi pengkalan Pas. Sebab itu Pas berkembang di Kelantan walau pun penubuhanya di Seberang Perai, kerana Kelantan mempunyai institusi pondok yang banyak.

Pondok menjadi pengkalan Pas walaupun ia bukan markaz Pas tetapi secara tidak langsung segala idea dan fikrah yang bawa oleh Tok Guru telah mempengaruhi orang awam yang untuk menyokong Pas. Sebab itu jika ada Tuan Guru pondok yang menyokong perjuangan Umno, maka pondoknya tidak ramai penghuninya akhirnya pondok tersebut mati begitu sahaja.

Dokongan di kalangan profesionl dan aktivis hasil daripada pentarbiahan yang mereka dapat daripada ulamak telah menjadi nilai tambah kepada Pas. Mereka ini pula berusaha untuk mendekati golongan yang mungkin tidak mampu untuk duduk bersila di masjid atau di surau bersama dengan Tuan Guru. Apabila orang ramai melihat sikap keterbukaan Pas dan pelbagai ragam yang memimpin Pas maka mereka akan tertarik bersama dengan perjuangan Pas

www.idrisahmad.wordpress.com

Saya tak gentar amaran PERKASA

Timbalan presiden PAS Mohamad Sabu berkata beliau tidak gentar dengan amaran Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA) Negeri Sembilan yang mahu mengadakan protes sekiranya beliau berceramah lagi di negeri itu.

Sebaliknya, tokoh yang dikenali sebagai 'ayam sabung PAS' itu, akan terus berceramah termasuk di negeri itu sekiranya menerima jemputan.

"Saya tidak rasa apa-apa (dengan amaran itu). Sebenarnya mereka yang gelisah. Saya telah didakwa, (jadi) tunggu mahkamah (buat keputusan).

"Saya akan terus berceramah kalau dapat jemputan," katanya ketika dihubungi Malaysiakini petang ini.

Menurutnya, beliau akan menghadiri satu lagi ceramah di negeri tersebut, yang dijadual pada 6 Oktober ini di DUN Paroi.

Mohamad mengulas kenyataan Yang Dipertua PERKASA negeri itu, Datuk Mohd Noor Nordin Abdullah yang dilapor akan mengetuai protes terhadap Mohamad jika pemimpin PAS itu enggan memohon maaf berhubung kenyataannya mengenai peristiwa Bukit Kepong.

Amaran itu dikeluarkan selepas kekecohan tercetus di ceramah Mat Sabu di Ampangan, Seremban Sabtu lalu sehingga menyebabkan dua penyokong PAS cedera selepas mereka cuba menghalang ahli PERKASA mara ke pentas ceramah.

Mat Sabu mencetuskan kontroversi tersebut ekoran ucapannya pada 21 Ogos lalu yang didakwa memuji Mat Indera, seorang pemimpin yang mengetuai serangan ke atas balai polis Bukit Kepong pada tahun 1950, sebagai pejuang kemerdekaan.

Mengulas mengenai keselamatan yang pada ceramahnya akan datang, Mohamad menyerahkan perkara tersebut kepada polis untuk berbuat demkian termasuk ceramah yang dibuat dalam kawasan persendirian yang tidak memerlukan permit.

Sementara itu, amaran PERKASA tersebut mengundang reaksi balas, khususnya dari pemimpin Pemuda PAS yang mengecam dan menyelar "kenyataan amaran dan ancaman" pemimpin PERKASA itu.

Jabatan Pilihan Raya Dewan Pemuda PAS Malaysia menganggapnya kenyataan kurang cerdik dan dangkal yang "hanya dilakukan oleh puak-puak yang tidak mempunyai keberanian untuk berhujah secara ilmiah dan beradab."

Pengarahnya, Mohd Sany Hamzan berkata PERKASA sepatutnya mengadakan protes terhadap akhbar Utusan Malaysia yang didakwanya "memutarbelitkan dan menyalahtafsirkan" kandungan sebenar ucapan Mohamad.

Sehubungan itu, beliau meminta polis melakukan siasatan dan mengambil tindakan yang sewajarnya terhadap kenyataan PERKASA yang didakwanya berbaur ancaman dan hasutan untuk mendatangkan kecederaan ke atas Mohamad.

"Kenyataan PERKASA ini juga menunjukkan mereka ini sebenarnya kumpulan 'samseng' yang tidak menghormati undang-undang, tetapi sebaliknya berselindung di atas nama sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO)," katanya.

Mohd Sany juga mengingatkan semua pihak supaya tidak mengambil sebarang langkah yang membelakangkan undang-undang untuk memudaratkan pimpinan PAS.

Sementara itu, ketua penerangan Pemuda PAS pusat, Riduan Mohd Nor juga kesal dengan PERKASA yang didakwanya "sengaja membiarkan ahli dan penyokongnya bertindak liar bagi menghangatkan suasana supaya penyokong PAS bertindak balas" sewaktu kekecohan itu berlaku.

"PAS telah lama bergelumang dalam politik, dan tahu asam garam serta sepak terajang politik tanahair. Ahli-ahli PERKASA tidak perlu mencetuskan provokasi seumpama itu.

"PAS telah lama mentarbiyah ahlinya supaya bersabar dan bertenang dalam situasi seperti ini sebagaimana PAS juga mentarbiyah ahlinya agar berjihad dan tidak gentar kepada sesiapa juga," kata ketua penerangannya Riduan Mohd Nor.

Dengan nada menyindir, Riduan menyifatkan tindakan PERKASA mengganggu dan didakwa memukul penyokong PAS sebagai "tindakan penakut bagi mereka yang tidak mahu mencari kebenaran". (Laporan Malaysiakini )

Wednesday, September 28, 2011

Tuan Guru Nik Aziz Jamin Hudud Hanya Untuk Umat Islam


Ini kenyataan terbaru Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat dalam laman Facebooknya mengenai penjelasan berkenaan hukuman hudud:

I guaranty if hudud punishment is being implemented in Kelantan, it would not take effect upon the non-Muslims because this punishment only governs Muslims.

(Saya beri jaminan jika hukuman hudud dilaksanakan di Kelantan, ia TIDAK akan melibatkan rakyat bukan Islam kerana hukuman tersebut [hudud] HANYA terpakai kepada orang Islam)

Jelas dan terang kini, wahai pencacai Umno-APCO??

JALAN PULANG


Dilihat sebagai usaha berterusan mahu meyakinkan bukan Muslim, Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat hari ini memberi “jaminan” undang-undang hudud jika dilaksanakan tidak akan dikuatkuasakan ke atas bukan Islam.

Mursyidul Am PAS ini berkata undang-undang itu yang diusahakan sejak 17 tahun lalu untuk dilaksanakan di Kelantan hanya meliputi masyarakat Islam.

“Saya memberi jaminan jika hukum hudud dilaksanakan di Kelantan, ia tidak akan dikuatkuasakan ke atas bukan Islam sebab hanya meliputi umat Islam,” kata Nik Aziz dalam mesej menerusi laman sosial Facebook hari ini.

Ia merupakan mesej ketiga daripada Nik Aziz sepanjang satu minggu ini, yang dilihat mahu meyakinkan bukan Islam mengenai hukum hudud.

Pendirian itu diketengahkan pada hari kepimpinan Pakatan Rakyat bersiap sedia untuk mengadakan mesyuarat berhubung isu tersebut selepas DAP dan PAS bertembung dan bertegas dengan pendirian masing-masing.

Mesyuarat Pakatan Rakyat akan berlangsung di ibu pejabat PAS di sini, malam ini.

Pada 24 September lalu, Nik Aziz meminta bukan Muslim memberi pandangan jujur sama ada mereka akan bersetuju jika undang-undang itu dilaksanakan.

“Perbincangan terbuka, kepada rakan-rakan bukan Islam yang dihormati, adakah anda akan bersetuju jika hukumam hudud dilaksanakan?

“Sila berikan pandangan anda mengenai perkara ini, tanpa prejudis, sentimen politik dan emosi,” kata Menteri Besar Kelantan dalam mesej terdahulu.

Kerajaan negeri Kelantan pimpinan PAS berusaha untuk melaksanakan undang-undang ini sejak awal 1990-an tetapi tersekat ekoran amaran kerajaan pusat yang disampaikan pada 1994 ketika pentadbiran Mahathir.

Isu itu berkembang semula sebagai kontroversi minggu lalu Nik Aziz menegaskan beliau lebih rela jika DAP mahu keluar dari Pakatan Rakyat jika tidak bersetuju dengan pendiriannya mahu menegakkan hukum hudud dan menubuhkan negara Islam.

Sebelum ini Nik Aziz berkata, beliau akan tetap dengan pendiriannya untuk menegakkan hukum hudud dan penubuhan negara Islam walaupun mendapat tentangan hebat daripada rakan sekutunya itu.

Kata beliau, tiada sesiapa pun termasuk DAP berhak menolak hukum hudud selagi semua manusia menumpang di bumi Allah ini dan hukum Islam yang mahu ditegakkan itu adalah kerana ia hukum Allah, bukannya manusia.

Nik Aziz berkata demikian mengulas kenyataan Pengerusi DAP Kebangsaan Karpal Singh bahawa parti itu tetap menolak penubuhan negara Islam dan pelaksanaan hukum hudud kerana ia bertentangan sama sekali dengan Perlembagaan Persekutuan.

Berdasarkan satu kenyataan minggu lalu, Ketua Umum Pakatan Rakyat Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata beliau secara peribadi menyokong pelaksanaan hukum hudud, tetapi ia tidak dibincangkan oleh Pakatan Rakyat.

Minggu lalu, Nik Aziz menolak pandangan bekas mufti Perlis, Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin bahawa keadaan negara ketika ini tidak kondusif untuk melaksanakan hukum hudud itu. 
 
 http://jalanpulang1978.blogspot.com

Gempar!! Sebuah Pulau Di Sabah Tergadai Pada Warga Asing?

Terpanggil oleh rasa tangggung jawab terhadap warisan adat dan ingin membersihkan nista para pewaris di Pulau Pandanan yang sebelum ini pernah menjadi bahan cemuhan masyarakat antarabangsa akibat peristiwa penculikan di Pasir Resort beberapa tahun dulu, para pewaris menyongsang arus mempertikaikan pembohongan kerajaan negeri Sabah. 
 
Sekali lagi Pulau Pandanan menjadi bahan bualan masyarakat dengan skandal penjualan pulau itu di peringkat antarabangsa apabila Pengarah Jabatan Tanah dan Ukur Negeri Sabah (JTU), Datuk Osman Jamal mengesahkan bahawa Pulau Pandanan salah satu pulau yang telah dijual di peringkat antarabangsa yang berpusat di America syarikat oleh pemiliknya.
Pewaris Pulau Pandanan, Datu Pengeran Ahmad bin Datu Ali Alam yang mempunyai Hak NCR di pulau berkenaan iaitu Pulau Pandanan Kecil memaklumkan bahawa kenyataan Osman Jamal adalah ‘satu pembohongan besar dan berniat malafide (jahat) dan tidak berasas’ apabila memaklumkan pulau itu sedang dipantau aktivitinya kerana isu penjualan di luar negara.

Datu Pengeran Ahmad memaklumkan bahawa tiada pewaris yang berbuat demikian dan bertindak melakukan kerja ‘subversif’ ini seperti mana yang didakwa oleh Pengarah JTU. Beliau memaklumkan, laporan Pengarah JTU yang menyatakan bahawa Pulau itu memiliki Status Geran CL adalah tidak benar sama sekali, kerana Pulau Pandanan yang mempunyai dua buah pulau dan hanya memiliki dua geran NT di Pandanan Besar dan satu geran Hak NCR di Pulau Pandanan Kecil.
BUKTI…Pengesahan Dokumen Hak Milik NCR di Pulau Pandanan Kecil.
Jesteru itu, Datu Pengeran Ahmad memberi amaran agar Osman Jamal berhati-hati membuat kenyataan supaya tidak memberi impak dan kesan buruk kepada nama baik para pewaris Pulau kerana tindakan cuai dan ‘sedap mulut’ sebegini hanya akan menyebabkan timbulnya isu yang bakal memberi kesan negatif kepada pemilik pulau berkenaan.

Datu Pengeran Ahmad memaklumkan bahawa sejak 1960, Pulau Pandanan Besar hanya memiliki dua geran berstatus NT (Native Title) yang tidak boleh dijual kepada pihak luar, lebih-lebih lagi di peringkat antarabangsa. Bagaimanapun Datu Pengeran Ahmad terkilan dengan kenyataan Osman Jamal dan tidak tahu dari mana Pengarah JTU mendapat maklumat bahawa Pulau Pandanan memiliki Geran CL.

“Saya harap beliau tidak berat lidah memohon maaf daripada para pewaris yang telah dimalukan di peringkat antarabangsa,” kata Datu Pengeran Ahmad yang mendesak agar isu kedaulatan pulau ini dibahaskan di Dewan Undangan Negeri Sabah dan di Parlimen.
NT….Geran NT Pulau Pandanan Pesar, NT 688 yang dikeluarkan pada tahun 1960
Datu Pengeran Ahmad yang terbaca beberapa laporan berhubung Dilema Pulau Pulau Semporna di Sabahkini.net terutama Krisis Perundangan dan Peraturan Di Tun Sakaran Marine Park (TSMP) di antara LCF-TSMP (Local Communitee Forum–Tun Sakaran Marine Park) dan Taman-Taman Sabah kesal dengan senario yang berlaku dan menggesa Kerajaan Negeri Sabah bertindak segera.

Cadangan niat Pewartaan Pulau Sipadan oleh Taman-Taman Sabah, kata Datu Pengeran Ahmad menyebabkan Pewaris Pulau Sipadan Haji Abdul Raup Bin Mahajud mengemukakan bantahan; ekoran beberapa masalah yang dicipta oleh Pejabat Tanah dan Ukur dan Penolong Pemungut Hasil Tanah (PPHT) Semporna telah mendatangkan seribu satu persoalan kepada para pewaris Pulau di Semporna, kepada penduduk tempatan dan juga kepada generasi muda Semporna.

Isu kedaulatan dan hak yang terancam di pulau-pulau di Daerah Semporna yang tidak mendapat perhatian wajar dari Wakil-Wakil Rakyat (ADUN dan MP) di Parlimen Semporna, kata Datu Pengeran Ahmad, akhirnya menimbulkan tanda-tanya kepada para pewaris adat istiadat masyarakat Bajau di Semporna; apakah sebenarnya yang dilakukan oleh Wakil-Wakil Rakyat Semporna sehingga perkara ini timbul?

Kata Datu Pengeran Ahmad, sampailah bilakah Wakil-Wakil Rakyat BN akan terus mencipta dan menimpakan masalah kepada para pemilik dan pewaris Geran NT dan Pemilik Hak NCR seluruh pulau di Semporna?

“Pihak kami mendapat laporan tidak rasmi bahawa semenjak tahun lalu lebih 10 individu dan syarikat persendirian yang menyaman PPHT Semporna dan mengheret mereka ke mahkamah untuk mendapatkan pengadilan,” kata Datu Pengeran Ahmad yang mengesahkan bahawa Peguam Negeri Sabah telah menulis surat kepada PPHT dan Pejabat Tanah Semporna bahawa mereka tidak lagi akan mewakili mereka ekoran kepincangan dilakukan institusi berkenaan di peringkat akar umbinya sehingga ke peringkat.

Memandangkan pemasalahan yang timbul, kata Datu Pengeran Ahmad, Waris Pulau Pandanan telah membuat jejak yang seperti mana Waris Pulau Sipadan untuk menyertai perjuangan LCF-TSMP di Pulau-Pulau Semporna supaya dapat dijaga dan dikekalkan mengikut adat istiadat masyarakat setempat./sabahkini

Dakwa miliki baju BERSIH 'tuduhan mengarut', kata peguam

 
Seorang peguam, Mohd Fadzli Mohd Ramly berkata tuduhan yang dijalankan ke atas beliau sebelum ini merupakan satu "tindakan mengarut" kerana pendakwaan adalah atas kesalahan memiliki baju-T yang mempunyai logo BERSIH.

Katanya, pendakwaan itu mengarut kerana beliau tidak berniat untuk mengancam keselamatan negara apabila beliau memakai baju-T berkenaan sebelum ditahan di Markas PAS Kampung Mentara, Rompin pada 2 Julai lalu.

Selain Mohd Fadzli, 33, turut ditahan dalam malam kejadian itu ialah seorang peniaga, Abdul Manaf Md Hassan, 41 kerana memakai baju-T yang tertera tulisan 'BERSIH2.0, menuntut pilihan raya bersih dan adil.'

Kedua-dua lelaki itu didakwa keesokan harinya di Mahkamah Sesyen Kuantan mengikut Seksyen 47 Akta Pertubuhan 1966 dan mahkamah turut membenarkan kedua-duanya diikat jamin sebanyak RM3,000 dengan seorang penjamin.

Hakim, Fathiyah Idris bagaimanapun melepaskan tanpa membebaskan Mohd Fadzli dan juga Abdul Manaf daripada tuduhan berkenaan hari ini.

Ketika dihubungi, Mohd Fadzli berkata beliau masih belum berpuas hati dengan keputusan berkenaan dan mahkamah masih belum memulangkan baju-T yang dirampas daripadanya sebelum ini.

"Ini tuduhan mengarut dibuat akibat rasa terdesak kerajaan Umno dan BN hendak susahkan rakyat yang tuntut pilihan raya bersih dan adil," katanya lagi.

"Kita sedang menimbang sama ada akan ambil tindakan. Kita sedang fikir sama ada hendak failkan saman (ke atas kerajaan)," katanya yang juga timbalan pengarah PAS kawasan Dewan Undangan Negeri Tioman.

Pendakwaan dilakukan ketua unit pendakwaan negeri Pahang, Kalmizah Salleh manakala tertuduh diwakili peguam Hon Kai Ping dan Hisham Ramzam.(Malaysiakini)

Tuesday, September 27, 2011

Penipuan berita Bernama terbongkar!


Milo Suam
BERNAMAPADA 23 September 2011, Bernama online melaporkan kononnya Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng berkatajohor bukanlah negeri yang selamat kerana penuh dengan jenayah dan peluang untuk diculik sangat mudah berbanding pulau pinang.

Bernama online mendakwa kenyataan setiausaha Agung DAP itu dikeluarkan dalam satu temuramah di sebuah stesen radio di Australia [Bernama].
Mingguan Malaysia, di dalam segmen bisik-bisiknya pula cubamenangguk di air keruh. Penulis ruangan itu cuba melaga-lagakan Ketua Menteri Pulau Pinang dengan Sultan Johor [Utusan]. Apa kaitan hal ini dengan Sultan Johor?
Tapi rupa-rupanya, ini semua hanyalah agenda jahat Bernama dan Utusan untuk memfitnah Guan Eng. Salinan penuh kandungan temuramah Lim Guan Eng di stesen radio Australia itu mendedahkan perkara sebenar.

Laman sesawang rasmi ABC Radio Australia, ada menyiarkan salinan penuh temuramah tersebut beserta rakaman suara [ABC Australia]. Tidak ada satu pun kenyataan Lim Guan Eng yang memburukkan Johor.

Malah tidak ada satu pun perkataan "Johor" yang keluar dari mulut Guan Eng. Sila rujuk laman tersebut klik sini [ABC Australia]

ReJaM© "Propaganda untuk menipu makcik Felda, ayam itik lembu dan kambeng...

JAWAPAN RAMLAH ADAM....."GOLONGAN KIRI PEJUANG TAPI TAK SEHEBAT TUNKU "


Sejarahwan Profesor Datuk Ramlah Adam berkata, beliau mengakui sumbangan golongan kiri dalam menuntut kemerdekaan tetapi ia tidak sehebat sumbangan Perdana Menteri Tunku Abdul Rahman.

ramlah adam 150911 perkasa"Kita tidak nafi Burhanuddin Helmy pejuang kemerdekaan. (Ahmad) Boestamam, Zaba, Ibrahim Yaacob... Kita tidak pernah nafi.

"Tetapi perjuangannya tidak begitu hebat macam Tunku," kata Ramlah yang disambut jeritan "boo" daripada sebahagian penonton yang hadir dalam forum "Wajarkah sejarah ditulis semula?" di Shah Alam hari ini.

Kira-kira 500 hadir dalam forum anjuran Sinar Harian, rata-ratanya penyokong Pakatan Rakyat -- yang menjadikan majlis itu terganggu dengan sorakan dan laungan boo kepada ahli panel yang tidak digemari mereka. (Laporan Malaysiakini)

ULASAN : Huh ramai sungguh professor macam ni dalam Umno, sebelum ni Prof Zainal Kling kata malaysia tak pernah dijajah, Mek ni pulak kata perjuangan orang lain tak sehebat tunku...Macamana yang diistilahkan hebat dari pandangan dia...tak taulaaah. Sedangkan Dr Burhanuddin Al-Helmi, Ibrahim Yaakob, Ahmad Boestamam melawan penjajah dengan darah dan nyawa, terpaksa tinggal anak isteri dan bermukim dalam hutan untuk bebaskan negara dari penjajah.Mungkin bagi mereka ni, asalkan umnodan taat kepada penjajah semuanya hebat kot...Patut pun Mat Sabu Kata PROF KONGKANG KANGKONG........
 
http://www.fadhlibrahim.blogspot.com/

Monday, September 26, 2011

KARPAL PANGGIL MESYUARAT... MASA TERBAIK PERJELAS 'HUDUD' BUAT BUKAN ISLAM

DAP menggesa Pakatan Rakyat memanggil mesyuarat tergempar kepimpinan dengan segera bagi menyelesaikan kontroversi berkaitan hukum hudud yang muncul semula awal minggu ini.
Pengerusi Kebangsaan DAP Karpal Singh (gambar) yang sebelum ini secara terbuka mengkritik hasrat kerajaan negeri Kelantan menegaskan, pihaknya akan sentiasa menolak pembentukan negara Islam.

Dipetik Bernama hari ini, Karpal yang juga Ahli Parlimen Bukit Gelugor berkata, kelewatan menangani isu semasa ini akan menjejaskan keyakinan rakyat ke atas Pakatan Rakyat khususnya di kalangan bukan Islam
.
“Mesyuarat tergempar mesti diadakan dengan segera untuk menjelaskan pendirian Pakatan dalam isu ini dan kontroversi ini mesti berakhir,” katanya.

..... PAS kene ambil kesempatan yang terbaik ini bagi menjelaskan perlaksaan hudud khususnya kepada bukan Islam.... sebab apa yang mereka takutkan adalah seperti hukuman sebab bagi peminum arak atau zina adakah tertakluk pada mereka....
 
http://dppwm.blogspot.com

Usaha ‘jatuhkan’ MB Negeri Sembilan bermula?


KUALA LUMPUR: Usaha bagi memastikan Menteri Besar Negeri Sembilan, Dato’ Seri Utama Mohamad Hassan tidak akan lagi menduduki kerusi nombor satu Negeri Sembilan dikatakan sudah dimulakan oleh kala ngan pemimpin BN yang tidak sehaluan dengan beliau.


Sumber terdekat menyatakan, Mohamad Hassan yang kononnya ‘agak’ diterima pelbagai lapisan rakyat bukanlah seorang yang sangat disenangi beberapa ‘orang kuat’ Umno-BN di negeri ini.

Malah kata sumber, sejak isu abangnya, Dato’ Azman Hassan bertelingkah dengan bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Lenggeng, Dato’ Ishak Ismail berlaku, kelompok yang tidak suka kepada Mohamad Hassan menggunakan kesempatan untuk menjatuhkan imej Pengerusi BN Negeri Sembilan itu.

Sumber tersebut memberitahu, pelbagai projek yang kononnya diatur Azman Hassan tidak disenangi oleh kelompok yang pernah mendapat habuan projek semasa Tan Sri Isa Abdul Samad menjadi Menteri Besar.

Katanya lagi, kini hampir kesemua kroni Isa Samad mula mendesak satu perubahan agar Mohamad Hassan tidak lagi menjadi MB sekiranya BN menang di negeri ini pada pilihan raya umum ke-13.

“Mungkin Mohamad Hassan akan dipindahkan bertanding di Parlimen, antaranya di Parlimen Rembau.

Mohamad Hassan juga bukan ‘orang’ Najib (Perdana Menteri, Dato’ Seri Najib Tun Razak).Beliau orang Pak Lah (bekas PM, Tun Abdullah Ahmad Badawi),” dakwanya lagi.

Beliau membayangkan seorang tokoh yang dikatakan ada hubungan baik dengan Najib kini bakal menjadi calon Menteri Besar jika BN berjaya mempertahankan negeri yang dimenangi pada pilihan raya umum lalu dengan ‘simple majority’ (majoriti mudah).

Ditanya siapa gerangan individu itu, beliau tidak menolak kemungkinan bekas MB juga boleh kembali ke posisi asalnya di samping Menteri Kerja Raya, Dato’ Seri Shaziman Abu Mansor yang juga ahli Parlimen Tampin.

Ditanya bagaimana mungkin Shaziman akan ke posisi itu, beliau mendakwa ahli Parlimen Tampin itu bakal diletakkan sebagai calon bagi Dewan Undangan Negeri (Dun) Gemencheh bagi menggantikan Adun yang ada hari ini, Dato’ Mohd Kamil.
http://biaqpila.blogspot.com

Lagi Kes Polis Pukul Orang Awam. Apakah Polis Samseng Berlesen?


Pekerja syarikat pembersihan sisa pepejal dakwa dipukul polis

JITRA: Seorang pekerja syarikat pembersihan sisa pepejal mendakwa dipukul oleh anggota polis ketika sedang menjalankan tugas di sebuah taman perumahan di Kodiang, dekat sini, pada 11.30 pagi, Sabtu lalu.

Mohd Ridzuan Mohd Noor, 23, berkata ketika kejadian dia sedang mengangkut sampah di kawasan itu dan dia menegur seorang lelaki yang tidak membuang sampah ke dalam tong sampah yang disediakan di situ.

"Saya hanya menegur supaya dia buang sampah ke dalam tong sampah. Mungkin dia tidak puas hati dengan teguran saya dan dia terus tinggikan suara dan masa tu berlaku pertengkaran mulut.

"Dia juga mengugut nak tembak saya kalau dia ada pistol sebelum dia beredar dari tempat itu," katanya ketika ditemui pemberita di sini hari ini.

Katanya, kira-kira 30 minit selepas kejadian pertengkaran mulut berlaku, dia didatangi lima lelaki lain yang datang dan memukulnya tanpa sebab.

"Depa (mereka) menendang saya hingga jatuh. Kemudian depa heret saya dengan tangan bergari bawa saya ke Balai Polis Kodiang dengan menaiki motosikal. Sampai di balai, saya dibawa masuk ke dalam sebuah bilik dan dipukul.

"Kemudian lelaki yang bertengkar dengan saya datang ke bilik itu dan turut memukul saya sebelum saya dibawa masuk ke dalam lokap tanpa sebab. Masa tu baru saya tau dia (lelaki yang bertengkar dengannya) adalah anggota polis," kata mangsa.

Dia berkata, dia ditahan di dalam lokap kira-kira setengah jam sebelum anggota polis tersebut melepaskannya.

"Selepas kejadian itu, saya pergi ke Hospital Jitra untuk mendapatkan rawatan dan doktor memberitahu pipi kiri, bahu dan tulang rusuk kiri ada kesan lebam. Saya juga membuat laporan polis tentang kejadian itu di Ibu Pejabat Polis Daerah Kubang Pasu," katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kubang Pasu, Supt Ibrahim Mohamad Yusof ketika dihubungi berkata, beliau menerima laporan tentang kejadian itu.

"Kita sudah membuka kertas siasatan berhubung kejadian itu dan siasatan sedang dijalankan," katanya. - BERNAMA

Sunday, September 25, 2011

Program Umno Di Minggu Suaikenal Mahasiswa Baru UKM

Kegembiraan saya apabila anak kesayangan mendaftar di UKM salah sebuah universiti terkemuka di Malaysia pada 7 haribulan yang lepas, bagaikan lenyap sekelip mata apabila mendapat panggilan telefon daripada anak menyatakan bahawa dia terpaksa mengikuti program khidmat masyarakat dengan kerjasama UMNO kawasan Serdang awal pagi tadi.

Saya agak tersentap selepas mendengar perkabaran daripada anak kerana dia memaklumkan sekarang sedang berlangsungnya Majlis Konvokesyen UKM.

Sebagai seorang ibu, saya berasa sangat kecewa dengan pentadbiran UKM yang sepatutnya memberikan peluang kepada anak saya untuk mengambil semangat konvokesyen daripada senior-senior sebagai satu motivasi kepada anak saya yang masih baru dalam alam universiti.

Saya juga dimaklumkan oleh anak saya orentasi pelajar baru akan tamat pada 2 oktober 2011. Perkara ini juga sangat merunsingkan saya kerana dia tidak dibenarkan pulang oleh pihak kolej dan terpaksa mengikuti segala program yang dianjurkan oleh kolej.

Saya kesal kerana dia mengadu tertekan dengan aktiviti tersebut sedangkan sepatutnya dia didedahkan dengan keadaan persekitaran universiti yang kondusif.

Saya berharap agar pihak pentadbiran UKM mengambil serius akan keluhan seorang ibu. Saya juga berdoa supaya anak saya menjadi insan yang banyak menyumbang kepada universiti 
 
http://bloglistpolitik.blogspot.com

Ceramah: Penyokong PAS, PERKASA bergaduh



Sambutan Aidilfitri dan ceramah timbalan presiden PAS Mohamad Sabu di Seremban malam tadi, tercemar apabila beberapa penyokong PAS cedera akibat dibaling batu dan air botol, malam semalam.

Fracas during Mohd Sabu ceramah at SerembanAcara yang dijadual bermula jam 9 malam tetapi setengah jam sebelum itu, kira-kira 100 penyokong kumpulan pendesak Melayu, PERKASA mula berhimpun di tepi jalan utama yang terletak kira-kira 60 meter dari pentas ceramah.

Mereka membawa sepanduk dan kain rentang seperti "Mat Sabu Pembohong", "Mat Sabu Perosak Bangsa" dan "Mat Sabu Hina Pejuang".

Pada awalnya, keadaan dilaporkan terkawal tetapi apabila Mohamad atau lebih popular dengan panggilan Mat Sabu mula menyampaikan ceramah pada jam 10.15 malam, ahli-ahli PERKASA itu didakwa cuba bergerak ke arah pentas.
Mohd Sabu ceramah at SerembanMereka bagaimanapun dihalang oleh penyokong PAS dan akibatnya berlaku tolak-menolak dan keadaan menjadi tidak terkawal.

Ketika itu, kira-kira 800 orang menghadiri majlis berkenaan.

Beberapa air botol dan juga batu kemudiannya didakwa dilontarkan ke arah pentas berkenaan hingga menyebabkan ada penyokong PAS yang dilaporkan cedera. Seorang daripada mereka juga mendakwa dibelasah oleh ahli PERKASA.

Timbalan pesuruhjaya PAS Negeri Sembilan, Ghazali Mat Som yang merupakan penganjur acara itu kesal dengan kejadian tersebut dan mendakwa ahli PERKASA bertindak ganas.

Guy injured during Mohd Sabu ceramah at Seremban"Seorang lelaki cedera di hidung dan kepalanya. Ada juga yang mendakwa ditumbuk di pipi dan terkena balingan batu di bahagaian belakang badan.

"Sebelum kejadian, seorang ahli PERKASA mahu menyerahkan memorandum bantahan tetapi kami tidak bersetuju menerimanya dan meminta mereka supaya bersurai.

"Kami kemudian memaklumkan kepada pihak polis dan apabila polis minta mereka bersurai, mereka juga engkar dan mula menunjukkan kebiadapan. Apabila lebih ramai polis datang, barulah mereka bersurai,” katanya.
Bukan anti-PAS

Sehubungan itu, Ghazali menggesa polis supaya bertindak dengan adil dan memastikan kejadian seumpama itu tidak berulang.

Sementara itu, Setiausaha PERKASA Negeri Sembilan, Alias Mohamad yang turut hadir semasa kejadian itu semalam, ketika dihubungi Malaysiakini pagi ini berkata bahawa mereka bukanlah anti-PAS tetapi sekadar menyatakan bantahan terhadap Mat Sabu.

NONEKami bukan menentang PAS secara keseluruhan tetapi hanya menyatakan bantahan kami terhadap Mohamad Sabu yang menyakitkan perasaan banyak anggota tentera.

"Ramai bekas anggota tentera hadir malam tadi dan mereka kecewa dengan kedegilan Mat sabu dan keenggannya meminta maaf berhubung kenyataannya.

"Dia yang diiktiraf komunis dan memartabatkan komunis.

Apabila diminta mengulas mengenai beberapa penyokong PAS yang cedera itu, Alias berkata PERKASA hanya mahu menyerahkan memorandum tetapi dihalang.

Fracas during Mohd Sabu ceramah at Seremban"Kami hanya mahu menyerahkan memorandum bantahan tetapi kami telah dihalang oleh penyokong PAS. Ini menyebabkan keadaan panik dan kejadian seumpama itu tidak sepatutnya berlaku.

"Tetapi saya difahamkan seorang daripada ahli kami juga terkena simbahan air panas daripada sumber yang tidak diketahui,” katanya.

ULASAN : PERKASA  diminta jangan bermain dengan api nanti terbakar. Malam tu, kallau apa-apa berlaku kepada pimpinan PAS, ahli PAS dia tak kira siapa di depan PERKASA ke PEKASAM  ke....dia rempuh jeee

Saturday, September 24, 2011

M'sia ada kelebihan berbanding China - Lynas?Tax Free

Malaysia mempunyai kelebihan dalam menarik aktiviti hiliran di dalam industri nadir bumi berbanding dengan China kerana ia mempunyai sistem perundangan dan harta intelek yang sangat baik, kata Naib Presiden Eksekutif Strategi dan Komunikasi Korporat Lynas Corporation Ltd Dr Matthew James.

Pada masa yang sama, kelebihan kos di segi kos buruh, tenaga dan kimia yang pernah disediakan China tidak lagi terpakai dan Malaysia dilihat sebagai lokasi yang sangat kompetitif berikutan kenaikan kos yang tinggi yang berlaku di China sejak sedekad lepas, katanya.

"Itulah yang dilakukan oleh kuota eksport China (mengenai nadir bumi) yang digalak (digunakan) di China. Mereka cuba menggalakkan industri hiliran berkenaan barpindah ke China dengan menghadkan akses terhadap nadir bumi.

"Terdapat banyak negara yang enggan memindahkan industri masing-masing ke China kerana mereka prihatin mengenai perlindungan harta intelek. Syarikat berkenaan lebih condong memindahkan industri masing-masing ke Malaysia," katanya kepada Bernama di ibu pejabat Lynas di Sydney, Australia.

China, yang mengeluarkan lebih 90 peratus daripada nadir bumi dunia dilaporkan telah mengurangkan kuota eksport yang menghadkan bekalan global, dan sebaliknya menaikkan harganya.

Sementara itu, kilang pemprosesan nadir bumi Malaysia telah merangsang minat apabila Lynas telah menandatangani satu surat hasrat dengan bahagian Teknologi Pemacu Siemens pada Julai bagi pengeluaran magnet dan usahasama itu dijangka dizahirkan pada akhir tahun ini, katanya.

James berkata lima lokasi telah dipertimbangkan bagi pembinaan kilang pengeluaran usahasama itu dan tiga daripadanya adalah di Malaysia.

Katanya Lynas juga telah mengadakan perbincangan komersil dengan syarikat lain mengenai pembinaan operasi aplikasi hiliran seiringan dengan kilangnya di Gebeng.

"Apabila anda melihat sesetengah industri elektronik hiliran Malaysia yang telah sedia ada, seperti komponen automotif hiliran, anda boleh menjangka pelaburan (kilang nadir bumi Lynas) boleh diterima bagi melengkapkan rantaian nilai antara bahan mentah yang akan disediakan oleh Lynas dan industri berkenaan," katanya.

Sementara itu, Kilang Material Canggih Lynas (LAMP) di Gebeng, Kuantan, akan mempunyai kapasiti awal untuk memproses 11,000 tan metrik oksida nadir bumi (REO) setahun, dengan pengembangan kepada 22,000 tan metrik setahun.

Kilang itu, yang sudah siap lebih 60 peratus sehingga akhir Jun, akan mengeluarkan produk nadir bumi bersama-sama satu siri Produk Galian Sintetik.

Kilang bernilai RM700 juta itu dilaporkan bergelut dengan kontroversi, yang dicetus oleh dakwaan bahawa ia akan mengeluarkan radiasi yang memudaratkan kesihatan orang ramai yang membawa kepada lawatan Agensi Tenaga Atom Antarabangsa (IAEA) dari 29 Mei hingga 3 Jun.

Di dalam laporannya, IAEA mengesahkan bahawa kilang itu, sebaik siap lewat tahun ini, dijangka selamat dan mematuhi sepenuhnya dengan standard antarabangsa tetapi lesen praoperasinya masih bergantung kepada kelulusan pengawal atur.(Malaysiakini)

 Bagaimana IAEA boleh menjadi jawatankuasa yang menentukan selamat atau tidak ,sedangkan IAEA merupakan promoter kepada sumber tenaga tersebut.Merekalah yang akan menggunakan bahan tersebut itu nanti.

Nadir bumi (rare earth) yang telah diproses di China dikenakan cukai ekspot oleh kerajaan China.  Sebahagian dari mineral nadir bumi yang di ekspot telah di naikkan cukai ekspot dan salah satu dari mineral yang dikenakan cukai ekspot yang paling tinggi ialah Neodymium.  Mineral ini adalah yang paling banyak digunakan dalam industri pembuatan.  Di bawah ini adalah maklumat tentang cukai ekspot yang dikenakan oleh kerajaan China yang diumumkan pada 16 December 2010 dan berkuatkuasa Januari 2011.

Changes in the applied export tax (by HS Code):
- Rare earth metal Neodymium (HS 28053011), 25 percent up from 15 percent in 2010.

Newly added products:
- Rare earth, exact name unobtainable (HS 28053014), 25 percent
- Rare earth, exact name unobtainable (HS 28053015), 25 percent
- Rare earth chloride, unspecified (HS 28469032), 15 percent
- Rare earth chloride, unspecified (HS 28469033), 15 percent
- Rare earth chloride, unspecified (HS 28469039), 15 percent
- Rare earth containing ferroalloys (HS 72029999), 25 percent
- Other of copper alloys (HS 74071090), maximum 30 percent, applied 0 percent
- Certain aluminum plates (HS 76061191), maximum 20 percent, applied 0 percent
- Certain aluminum plates (HS 76061129), maximum 20 percent, applied 0 percent

Products no longer subject to an export tax:
-Rare earth chloride Praseodymium oxide (HS 28469030), previously 15 percent



Ini jelas menunjukkan tentang apa yang dimaksudkan Lynas dengan pernyataan mereka bahawa memproses nadir bumi di Malaysia adalah lebih menguntungkan sebanyak 20% hingga 30% walaupun nadir bumi mentah dari Australia terpaksa dibawa sejauh 2000km melalui kapal ke Gebeng. Lynas dapat menjimatkan wang sebanyak 15% hingga 30% dari membayar cukai ekspot. Tambahan pula Lynas dikecualikan dari membayar cukai perniagaan selama 10 hingga 12 tahun.
 
Kerajaan Malaysia telah memberikan "lamaran cinta" yang menarik kepada Lynas dan ini telah menyebabkan Lynas "jatuh cinta pandang pertama" dengan "lamaran" tersebut dan kerajaan Malaysia dan Lynas sedang dilamun cinta yang cuba digugat keutuhan cinta mereka oleh rakyat Malaysia yang muak dengan adegan dan lakonan mereka

http://dppwm.blogspot.com